Klik2x

Friday 25 February 2011

Selamat Hari Lahir @ Selamat Hari Melahirkan...

Selamat Hari Jadi....Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi....

Seringkali kita dengar lagu di atas dinyanyikan di dalam pelbagai jenis bahasa bila tiba masa seseorang itu meraikan hari kelahirannya..Seperti sudah menjadi kelaziman kepada setiap insan untuk meraikan hari tersebut..Tetapi pernah tak kita raikan hari ibu kita melahirkan kita..Pernahkah kita dengar ucapan " Selamat Hari Melahirkan " diucapkan kepada Ibu kita atau kepada sesiapa sahaja yang telah menjadi Ibu......

Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk meraikan hari Ibu saya melahirkan saya ke dunia ini...Sehingga lah beberapa hari yang lalu apabila saya mendengar ucapan seorang suami kepada isterinya yang berbunyi..." selamat menyambut ulangtahun melahirkan anak kita yang ketiga..."...Owhhhh..sungguh bertuah si isteri apabila menerima ucapan sebegitu daripada si suami...

Saya berfikir sendiri...Sememangnya sangat wajar untuk kita meraikan hari ulangtahun kelahiran dan seterusnya meraikan Ibu kita yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini...Bukan sekadar meraikan Ibu semasa sambutan Hari Ibu sahaja...Diharapkan selepas ini lebih kerap kedengaran ucapan " Selamat Ulangtahun Melahirkan " selaras dengan kerap kali nya kedengaran ucapan " Selamat Ulangtahun Kelahiran "....Sesungguhnya Ibu lah insan yang paling berhak untuk diraikan kerana telah melahirkan kita ke dunia ini.....Terima Kasih Ibu........

Thursday 24 February 2011

Memupuk Minat Membaca...

Adik-adik dan kawan-kawan..
Membaca la buku pelajaran...
Suratkhabar dan buku cerita...
Untuk panduan kita semua...

Dah lama tak dengar lagu di atas tu berkemundang kan...
Dulu masa saya di zaman kanak-kanak lagu ni selalu sahaja kedengaran...
Tapi kini...macam dah lenyap je lagu ni...
Sama seperti minat membaca yang semakin pudar di kalangan rakyat Malaysia...
Walaupun kemudahan untuk membaca semakin berkembang pesat...
Tapi minat nya pula yang semakin merosot...
Kalau dulu hanya buku yang menjadi medium utama untuk membaca tetapi kini pelbagai medium telah wujud untuk membolehkan kita membaca...
Tapi kenapa masih kurang minat membaca dikalangan kita semua?
Dengan kemudahan ICT yang semakin berkembang sepatutnya minta membaca kita juga semakin berkembang...Tapi lain pula jadinya...
Semakin hari diperhatikan semakin ramai orang yang tahu melayari Internet...
Tetapi bukan untuk membaca...
Terutamanya golongan kanak-kanak...
Mereka lebih bermain permainan di Internet...
Wahai anak-anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin negara...
Berubahlah...Masih belum terlambat....

Thursday 17 February 2011

Bahasa Melambangkan Bangsa

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil  kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Kita kagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan. Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainya berbunyi:

Kalau cakap tidak cermat,
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.

Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee iaitu:

Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. 

Demi Masa

Berbisiklah hatiku mengenangmu
Saat percintaan kita berlalu
Sepi mencengkam dalam hati
Menambah luka
Seandai ada aku keriangan

Hasrat menyentuh suria hidupku
Namun tersungkur menjadi debu
Tidak pernah terduga
Perubahan cinta kita
Diakhir hayat berpisah jua

Demi masa aku cuba menghalang semua itu
Hanya kerana kasih dan sayang
Biar percintaan ini terus bersatu
Berikan aku waktu membuktikan

Oh kekasih...
Aduhai kekasih...
Tiada aku jemu menantikan keputusan
Seandainya masih rindu hulurkanlah ku seloka
Puas ku tersiksa bagaikan terasa
Tidak bermakna lagi

PJK KU...KAMPUNG HALAMANKU...

Felda Sungai Behrang terletak di antara Pekan Tanjung Malim dan Pekan Slim River. Tanda pandu yang paling hampir dengan Felda Sungai Behrang adalah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang terletak lebih kurang 5km daripada tanah rancangan ini.Felda Sungai Behrang atau dahulunya dikenali sebagai LKTP Sungai Behrang telah dibuka secara rasminya pada tahun 1968 dengan kemasukkan kumpulan peneroka peringkat pertama yang mengusahakan ladang getah.Setelah 4 dekad berlalu, kini terdapat seramai 400 buah keluarga peneroka atau 1500 hingga 2000 orang penduduk bermastautin di tanah rancangan ini.
Uniknya, Felda Sungai Behrang pernah keluar dari senarai Tanah Rancangan Felda pada tahun 2000 hinggalah tahun 2005. Namun, pada tahun 2006, Felda Sungai Behrang telah disenaraikan semula sebagai salah satu Tanah Rancangan Felda di negeri Perak dengan kelapa sawit sebagai tanaman utama menggantikan getah.